Pages

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
adalah wanita ( isteri ) yang solehah.

Petua Hilangkan ULSER

0 comments
Argghhhh...Pedihnya Bibir !!!

PUNCA TERJADI ULSER

  1. Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  2. Antibodi yang lemah
  3. Kekurangan zat makanan yang diambil
  4. Tekanan perasaan (stress)
  5. Alahan kepada makanan nanas dan lain-lain.
  6. Pengambilan ubat (streoid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, manakala anti-histamine seperti ubat selsema menyebabkan mulut menjadi kering).
  7. Alahan / reaksi alergik.
  8. Faktor keturunan


LANGKAH MENGELAK ULSER
  1. Kurangkan makanan yang terlalu berempah
  2. Ambil ineral zink dan zat besi
  3. Letak sedikit ais di tempat yang terkena ulser
  4. Gunakan antiseptik untuk berkumur
  5. Kurangkan air berasid
  6. Minum air dengan banyak
  7. Banyakkan vitamin C dalam permakanan, sayuran hijau dan buah-buahan.
  8. Vitamin A & D penting untuk kesihatan lapisan mulut
  9. Elakkan daipada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B Kompleks atau Arcalion
  10. Tambah pengambilan asid folik dan Vitamin B 12

PETUA HILANGKAN ULSER
  1. Berkumur dengan air garam.
  2. Lekapkan tempat ulser dengan kepingan asam keping atau asam gelugor
  3. Minum air barli suam
  4. Spukan dengan madu asli
  5. Saukan marjerin ke bahagian yang terkena ulser
  6. Sapukan dengan ubat gigi.

Jalan2 Cuci Mata di Jalan TAR

0 comments
Salam Semua...

Hari Selasa lepas, saya ngan encik husband dah rancang nak bercuti dan cuci mata di Jalan TAR, memang ramai engunjung. Baju2 kurung moden, baju melayu, sampin dll mmg banyak. Kami menginap di LOTUS Hotel memandangkan kami ada anak kecik dan masa nak jalan2 tu rasa tak cukup kala 2 @ 3 jam..
Lotus Hotel memang dekat sangat dgn Jln TAR,  Safety la sikit sbb ada car park. Dulu kalau Lotus Hotel penuh, kami menginap kat StarPoint Hotel.


Cuti-Cuti Ke Sabah

0 comments

Ni gambo aku gi Sabah bersama adik2, ibu & staff kesayangan yang telah bersusah payah membantu syarikat Bapa, Ibu dan syarikat Aku sendiri. Lupa nak bagitau...dari kiri tu adik aku..Suhaila, Nurul huda, Aku ler & last Ibu Aku ler).

Kat sana cepat benor masa yer, tetiba kul  6 pagi kat sana dah terang...terperanjat aku, rupanya kul 5 waktu subuhnya....Nak citer, kami dok kat Api-Api Apartment, bleh la...bhgn bwh blok Api-APi Apartmenttu ada banyak kedai CIMB, McDonald, 7 Eleven tu sume ada....cuma kena jalan sikit la kalau nak gi Pasar Filifina...
Mutiara ada yang cantik dan ada yang bese2 jer...kena pandai pilih la. Malam sebelum nak balik tu kitorang makan-makan kat tepi pantai, memang sedap terutama udang yer la...sebab rasanya manis semulajadi.

Masa nak balik LCCT, dalam pesawat lagi ada gegaran sebab kapal terbang tu langgar awan jadi cam goyang-goyang la sikit. Tp Alhamdulillah akhirnya selamat sampai gak kat Airport.

Adik Yue Yue Mangsa Langgar Lari ...Koma (Mati Otak)

0 comments
Berita pasal adik yue-yue ni aku dapat kat dailymail , 20 Oktober 2011, tak pasti kebenarannya...
Aku memang mengikuti perkembangan yer, al-maklumlah aku pun ada anak kecil, jadi rasa sedih tu mak yue-yue tu pun aku pun dapat rasa...


Ngeri: Yuem Yue terletak kritikal cedera di atas jalan selepas dia dilanggar oleh sebuah van
di bandar Foshan, Guangdong, China

Berjuang untuk hidup: Yue Yue, dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi

 
Keadaan Adik Yue Yue...Yang Diishtiharkan Mati Otak (Koma)


Ini adalah petikan dari dailymail tu " Dengan air mata di mata dan suara gemetar, ibu kepada anak kecil Cina yang kritikal akibat cedera dibiarkan mati di jalan raya selepas dia dilanggar dua kali telah mengaku untuk untuk mendapatkan lebih baik untuk gadis kecil ini. Qu Feifei, ibu yang berusia dua tahun Yue Yue - yang diterjemahkan sebagai Little Joy di Cina - jelas beremosi ketika bercakap tentang kanak-kanak yang telah diisytiharkan mati otak. Beliau berkata kepada kanak-kanak itu: 'Jangan berputus asa pada ibu, ibu tidak berputus asa, biarlah ibu mempunyai satu peluang lagi untuk kasih sayang dan memanjakan anda".

Beliau kini berhadapan dengan keputusan yang menyakitkan sama ada untuk mematikan mesin sokongan hayat yang menjaga anak perempuannya hidup-hidup. Berita Dari Kerajaan China agensi Xinhua memetik doktor berkata "Yue Yue dalam keadaan koma dalam dan klinikal mati otak" .

PETUA MENGHILANGKAN KESAKITAN BERSALIN KEMBAR DARAH

0 comments
Petua ni aku dapat masa adik aku bersalin 2 bulan lepas, punyalah dia sakit yang teramat macam nak bersalin , tapi baby langsung tak menunjukkan akan keluar  ....Setelah sehari semalam menanggung kesakitan, akhirnya mak mentua adik aku dan adik ipar aku mencari Tebu Hitam. Ni lah petuanya ...Cari,

1. Tebu Hitam (yang daunnye warna hitam tau)
2. Bakar , kemudian pulas untuk dapatkan airnya...ingat MESTI PULAS.
3. Kemudian, bagila air tebu tadi pada wanita yang sedang kesakitan hendak bersalin tadi.
4. Insyaallah, semoga dipermudahkan dengan izin Allah baby akan keluar dengan selamat tanpa rasa sakit.

Cinta Pada Tuhan Akan Kekal Untuk Selamanya..

0 comments
Cinta Kepada Manusia DIA AKAN MENINGGALKAN KITA..
Cinta Kepada Tuhan AKAN KEKAL SELAMANYA...
Cinta Kepada Manusia Dia Belum Tentu Boleh Menghiburkan & Memberikan Apa Yg Kita Mahu...
Cinta Kepada Tuhan Apa Sahaja Yang Kita Mahu Sudah Tentu Dapat...


Hawa Raudhah...Anak Ibu

0 comments
Posing Jap Dpn Opis Atuk...Okey Tak???
Waktu ni Hawa berumur 11 bln ...