HAWA RAUDHAH PUTERIKU SAYANG....
HAWA RAUDHAH
Lahirmu pada 7 September 2010 (Rabu) Jam 9.40 Pagi ,
27 Ramadhan 1432 Hijriah
Di Klinik Pakar Bersalin Kapar Indah, Klang.Selangor.
Rentetan Kelahiran Puteriku Hawa Raudhah Sayang....
6.9.2010 (Selasa)
Pagi itu IBU masih menjahit manik untuk tempahan pelanggan di temani
Cik Rosminah Yusof (Cik Ros),
Terima kasih cik ros kerana selama IBUMU mengandung...dialah yang menjaga
makan minum dan menjaga abangMu Adam Harith....
Ibu memang selalu mengajak Hawa berborak dengan IBU sewaktu Hawa
dalam perut IBU lagi...
Waktu itu, Ibu,ayah an abang Adam berpindah rumah....
dan butik ibu juga berpindah,
dengan kudrat yang IBU ada...ibu online siang malam untuk memastikan
perniagaan IBU sentiasa berjalan dengan lancar sebelum kelahiran Hawa...
Ibu selalu kata pada Hawa...
"Hawa ..tunggulah ibu siap jahit manik dulu, dan setelah itu..
kalau Hawa nak keluar kedunia ini keluarlah......
banyak Due Date yang doktor bagi untuk Hawa.
Tapi ibu tetap yakin pada Allah s.w.t...Segala permohonan IBU selepas
solat 5 waktu akan termakbul jua...
Permintaan ibu...Minta Hawa keluar ke dunia ini dengan selamat dan
selepas saja IBU siap menjahit manik .
Ayah juga selalu berteka-teki tarikh...Tapi semuanya kuasa Tuhan Hawa....
Kelmarin (4.9.2010) IBUgagahkan diri pergi ke Klinik Gunwant untuk
periksa kandungan...
kerana IBU risau Due Date Hawa pada hari itu...Doktor kata kandungan OK jer...
Ibu balik....Ibu cuma fikir, mungkin IBU belum siap jahit manik,
sepeti yang IBU selalu kata pada Hawa....IBU siapkan jahit manik sampai tengahari...
IBU balik rumah nenek sambil melihat perniagaan online IBU,
Brodband IBU waktu itu problem...
Selesai saja IBU jahit manik Jam 4.30 petang (6.9.2010) , IBU rasa lain macam...
IBU kata dengan Nenek ...minta nenek jaga Abang Adam kalau IBU jadi bersalin.
Ibu ajak ayah bersiap....Kami bertolak Jam 5.30 petang, IBU tawakkal waktu itu...
Sampai Saja di Klinik, ibu di bawa nurse untuk pemeriksaan....
Ternyata "Rahim" IBU dah TERBUKA 4 CM.....IBU relaks jer...
Doktor kata tunggu sampai esok .... Ayah minta IBU operate kerana
tulang pelvik IBU kecil dan menyukarkan IBU untuk bersalin normal.
IBU ajak ayah beli barang dkt Carefour Klang...Kami Makan & Tidur Di Klinik....
Rentetan Kelahiran PuteriKU Hawa Raudhah Sayang ....
7.9.2010 (Rabu)
Pagi-pagi lagi dalam Jam 6.00 pagi...IBU dah bangun...nurse bagi ibu ubat supaya
IBU dapat buang semua najis sebelum IBU melahirkan Hawa....
IBU mandi, Sembahyang Subuh...dan sarapan biskut kering...
IBU dijadualkan masuk ke bilik bersalin pada pukul 8.00 pagi..
Oleh kerana ada pesakit lebih teruk dari IBU, jadual IBU bertukar pada Jam 9.00 pagi....
Jam 9.00 pagi IBU dibawa ke bilik bersalin pembedahan...IBU dibius,
Aduhhh sakitnya...tapi kali ini, bius IBU tidak sekuat IBU melahirkan Abang Adam..
IBU dibaringkan dan waktu itu....IBU terasa macam hendak mati sahaja...
Sakitnya tidak terkira........
dan akhirnya dirimu anakku HAWA RAUDHAH lahir ke dunia ini...pada jam 9.40 pagi.
Selama 3 hari...ayah lah yang menjaga IBU....
Waktu itu, IBU tidak boleh bangun langsung kerana kesakitan akibat pembedahan
masih tidak sembuh lagi.
Terima Kasih AYAH ...... I Love U
Waktu itu, lagi 2 jer nak raya...ibu terpaksa berpantang...x dapat la nak rasa
ketupat,rendang,kuih raya..bla...bla...bla...
Syukur Alhamdulillah...Kau ankku Hawa Raudhah tidak banyak kerenah...
seperti mengetahui keadaan ibunya .......