Pages

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
adalah wanita ( isteri ) yang solehah.

Adik Yue Yue Mangsa Langgar Lari ...Koma (Mati Otak)

0 comments
Berita pasal adik yue-yue ni aku dapat kat dailymail , 20 Oktober 2011, tak pasti kebenarannya...
Aku memang mengikuti perkembangan yer, al-maklumlah aku pun ada anak kecil, jadi rasa sedih tu mak yue-yue tu pun aku pun dapat rasa...


Ngeri: Yuem Yue terletak kritikal cedera di atas jalan selepas dia dilanggar oleh sebuah van
di bandar Foshan, Guangdong, China

Berjuang untuk hidup: Yue Yue, dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi

 
Keadaan Adik Yue Yue...Yang Diishtiharkan Mati Otak (Koma)


Ini adalah petikan dari dailymail tu " Dengan air mata di mata dan suara gemetar, ibu kepada anak kecil Cina yang kritikal akibat cedera dibiarkan mati di jalan raya selepas dia dilanggar dua kali telah mengaku untuk untuk mendapatkan lebih baik untuk gadis kecil ini. Qu Feifei, ibu yang berusia dua tahun Yue Yue - yang diterjemahkan sebagai Little Joy di Cina - jelas beremosi ketika bercakap tentang kanak-kanak yang telah diisytiharkan mati otak. Beliau berkata kepada kanak-kanak itu: 'Jangan berputus asa pada ibu, ibu tidak berputus asa, biarlah ibu mempunyai satu peluang lagi untuk kasih sayang dan memanjakan anda".

Beliau kini berhadapan dengan keputusan yang menyakitkan sama ada untuk mematikan mesin sokongan hayat yang menjaga anak perempuannya hidup-hidup. Berita Dari Kerajaan China agensi Xinhua memetik doktor berkata "Yue Yue dalam keadaan koma dalam dan klinikal mati otak" .

PETUA MENGHILANGKAN KESAKITAN BERSALIN KEMBAR DARAH

0 comments
Petua ni aku dapat masa adik aku bersalin 2 bulan lepas, punyalah dia sakit yang teramat macam nak bersalin , tapi baby langsung tak menunjukkan akan keluar  ....Setelah sehari semalam menanggung kesakitan, akhirnya mak mentua adik aku dan adik ipar aku mencari Tebu Hitam. Ni lah petuanya ...Cari,

1. Tebu Hitam (yang daunnye warna hitam tau)
2. Bakar , kemudian pulas untuk dapatkan airnya...ingat MESTI PULAS.
3. Kemudian, bagila air tebu tadi pada wanita yang sedang kesakitan hendak bersalin tadi.
4. Insyaallah, semoga dipermudahkan dengan izin Allah baby akan keluar dengan selamat tanpa rasa sakit.