Cuti-Cuti Ke Sabah
Ni gambo aku gi Sabah bersama adik2, ibu & staff kesayangan yang telah bersusah payah membantu syarikat Bapa, Ibu dan syarikat Aku sendiri. Lupa nak bagitau...dari kiri tu adik aku..Suhaila, Nurul huda, Aku ler & last Ibu Aku ler).
Kat sana cepat benor masa yer, tetiba kul 6 pagi kat sana dah terang...terperanjat aku, rupanya kul 5 waktu subuhnya....Nak citer, kami dok kat Api-Api Apartment, bleh la...bhgn bwh blok Api-APi Apartmenttu ada banyak kedai CIMB, McDonald, 7 Eleven tu sume ada....cuma kena jalan sikit la kalau nak gi Pasar Filifina...
Mutiara ada yang cantik dan ada yang bese2 jer...kena pandai pilih la. Malam sebelum nak balik tu kitorang makan-makan kat tepi pantai, memang sedap terutama udang yer la...sebab rasanya manis semulajadi.
Masa nak balik LCCT, dalam pesawat lagi ada gegaran sebab kapal terbang tu langgar awan jadi cam goyang-goyang la sikit. Tp Alhamdulillah akhirnya selamat sampai gak kat Airport.